Wednesday, November 26, 2008

Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi? FIKIR-FIKIRKANLAH…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini. Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.Contoh:Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman——————————————————————Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,82 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.Untung atau rugi?Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintainmembayar bulanan kpd loan——————————————————————————†?—————Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahunadalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.Untung pada mata kasar ==> RM 64,64Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000—————————————————————Kehilangan Keuntungan RM 143,018Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adal h untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang.

18 comments:

faridz aswadi November 26, 2008 at 9:15 PM  

tahniah asri.. sudah ada blog sendiri..

Anonymous November 26, 2008 at 9:15 PM  

ooo..
jangan melabur guna duit hutang?

kalau x camne nak melabur?
kalau simpan sendiri x jadi nyer..

p/s: ye ye..aku org pertama bg komen kat blog asri ni...yeye

Anonymous November 26, 2008 at 9:16 PM  

arrggh..
dah jadi org kedua lak...
sifu Faris lagi power..

cam jedi dlm starwars

Anonymous November 26, 2008 at 10:27 PM  

nie postting lama nye artikelll ...

rate ASB loan dah lainn lorrr...
mmg bankk pun nak ambik untungg.......

takde hilang potentiall gainn nye kalau kita sendiri takde displinn nak menyimpann . .tak yah tipuu diri sendiri lah .........

at least orangg ada loann ASB.. ada something dariii pada takde .. hahahaha ... just reserve duitt utkkk 1 thn.... thenn biar kan dividend knockk offf monthlyy installmentt.......nothing too losseeeeee bebbb.. kalau kata lah kita leh savingg... berapa bykk kita leh savingg utkk reach RM200k tu ....

Fariz Pandi November 26, 2008 at 11:01 PM  

oitss..amik artikel dari email, pon bleh buat blog, hahaa....

ps:tapi wa tetap sokong blog asri...chaiyok chaiyok

-tuah-

Azman Ali November 27, 2008 at 12:02 AM  

err asri..wowww..terangkat!!! blog pie melahirkan ramai bloggers...

Anonymous November 27, 2008 at 12:26 AM  

wow!.. terangkat abis lahhh.. cenggini elmen landen makin laris! wow!

Anonymous November 27, 2008 at 4:30 AM  

emmm.. macam pernah ku baca artikel nii sebelum nii.. heh hehe

Apa pun asri.. TQ banyak-banyak.. masa malam TT tuu.. ko terangkan panjang lebar pasal financial.. la ni aku dah faham

Tq, tq

MET November 27, 2008 at 7:22 AM  

woww abg asri.baru la anak rombau terangkat.hee

em.rasenya tak salah guna semua tools yang ade..ade fungsi dan cara gunanya.

guna dengan sebaiknya then you will better than others.insyaallah..peace.

Anonymous November 27, 2008 at 2:50 PM  

wakakakaa.......

jaws

Anonymous November 27, 2008 at 4:47 PM  

salam....

betul komen sifu pie tu... at least ada something drp takde...

apa yg aku nak buat nanti... buat asb loan... modalkan 1st yr installment drp od... peh tu cover installment dgn dividen.... lepas 5-6 tahun terminate loan, dpt cash... settle memana hutang yg ada ... dan buat lagi.. hehe...


nbs1205

Anonymous November 27, 2008 at 7:21 PM  

tahniah bro..
dah ade blog sendirik..
patut la cam penah tgk n cam dah bace artikel nih.. copy paste ka tuan asri.. hehe..
nbs1205..
aci ke gune cara tuh ( lepas 5,6thn terminante asb loan tuh)..
kalo nk apply asb loan tuh lenkali.. tak blacklist kaa??.. tgk dekat forum bj cam ade jgk org wat style ni.. carik2 balik topik tuh dah tak jumper maa..

Anonymous November 28, 2008 at 10:10 PM  

peruzz...

insyaallah blh buat... skrg ni lock in kalau tak silap 5 yrs... lepas tu dah ok dah.. ala... bagi je alasan kata : " I dah tak mampu nak serve monthly instalment.." dgn mudah akan di tunjukkan jalan keluar.. hehe..
bank takkan nak rugi nyer...

nbs 1205

Anonymous November 29, 2008 at 5:34 AM  

wow... asri dah ada blog. tahniah. teruskan menulis.



kayzen

Anonymous January 8, 2009 at 7:46 AM  

aku setuju dengan pie....u gain something out of nothing.
nak simpan bulan2 makan tahun..
tu x kira lagi yang pergi culik selepas simpan

MattDemon May 12, 2009 at 5:54 AM  

aloo asri..bila nak updae blogg???!!

Anonymous February 26, 2010 at 8:17 AM  

skg ni bank rakyat ada bagi personnel laon sampai 200K, interest rate 3.5%...kalau kita guna loan tu dan melabur dlm ASB untung x setelah kita bayar personnel loan tu tiap2 bulan..?

cash loan July 24, 2018 at 12:45 PM  

Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com

BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
  ******************************
1) Nama Penuh:
  2) Jantina:
  3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
  4) Tempoh Pinjaman:
  5) Negara:
  6) Alamat Rumah:
  7) Nombor Mudah Alih:
  8) Nombor Faks:
  9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
  11) Tarikh Gaji:
  12) Tujuan pinjaman:
  13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:
mohanmendcompany01@gmail.com

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP